Malaysia

MOF larang transaksi manual tanpa pengesahan fizikal MyKad

Kementerian Kewangan (MOF) mengarahkan semua syarikat peruncit minyak supaya memperketat prosedur operasi standard (SOP) bagi transaksi Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), termasuk melarang sebarang transaksi manual tanpa pengesahan fizikal MyKad pelanggan.

MOF dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan setiap transaksi BUDI95 wajib dilakukan dengan pengesahan MyKad secara fizikal bagi mengelakkan penyalahgunaan subsidi petrol RON95.

Menurut kementerian itu, transaksi manual tanpa semakan MyKad boleh membuka ruang kepada transaksi tidak sah dan penyelewengan subsidi kerajaan.

Dalam masa sama, kerajaan turut memberi amaran tegas terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan kemudahan BUDI95 termasuk menggunakan

MOF menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketirisan subsidi dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan di seluruh negara bagi memastikan bantuan bersasar itu hanya dinikmati rakyat yang layak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker