Anwar nafi keretakan dalam Kabinet, kerjasama kekal kukuh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan tiada keretakan dalam Kabinet dan hubungan antara menteri kerajaan kekal baik serta kukuh.
Kenyataan itu susulan laporan yang mendakwa wujud ketegangan antara Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, termasuk dakwaan mesyuarat Kabinet kebelakangan ini berlangsung lebih singkat.
Ahmad Zahid sebelum ini turut menafikan sebarang masalah dengan Anwar, sama ada secara peribadi atau rasmi. Beliau berkata urusan Kabinet dan proses membuat keputusan kerajaan masih berjalan secara profesional.
Ahmad Zahid juga menegaskan Barisan Nasional kekal komited bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh, dengan kestabilan politik penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur asing, menarik pelaburan langsung asing dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.




