Malaysia
Tren LRT tergelincir di Chan Sow Lin, rapid KL sedia bas percuma

Rapid KL mengaktifkan laluan tren alternatif dan bas ulang-alik percuma selepas sebuah tren LRT Ampang/Sri Petaling tergelincir di Stesen Chan Sow Lin pada pagi 28 Mei lalu.
Menurut Rapid KL, kerja pemeriksaan dan baik pulih sedang dijalankan oleh pasukan teknikal bagi memastikan operasi kembali stabil secepat mungkin.
Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian tergelincir tersebut.




