Zahid enggan kembali bekerjasama dengan PAS, setia dengan PH

Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal bersama Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen semasa, sekali gus menepis gesaan supaya parti itu menarik diri dan menjadi pembangkang.
Perkara itu disahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan mesyuarat Biro Politik Umno malam semalam.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan cadangan Pemuda Umno agar parti meninggalkan kerajaan perpaduan, namun tiada sebarang keputusan muktamad dibuat.
Kepimpinan parti menegaskan pendirian Umno sejak awal adalah untuk mengekalkan kestabilan kerajaan dan menolak sebarang usaha menukar kerajaan melalui pintu belakang.
Zahid turut memberi isyarat Umno tidak berminat menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional dengan PAS, dengan menegaskan parti itu tidak mahu mengulangi pengalaman lalu.




