Tulang pinggul Tun Mahathir patah akibat terjatuh, ditahan beberapa minggu lagi di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan dan akan ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa minggu bagi menjalani rawatan serta pemantauan rapi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff. Terdahulu, Dr Mahathir yang kini berusia lebih 100 tahun dikejarkan ke IJN sekitar jam 9.30 pagi selepas terjatuh di kediamannya pada kira-kira jam 7.30 pagi.
Pasukan perubatan mengesahkan kecederaan berkenaan selepas menjalankan penilaian, dan memutuskan rawatan susulan diperlukan dalam tempoh beberapa minggu. Keadaan beliau dilaporkan sedar ketika dimasukkan ke hospital.
Untuk rekod, Dr Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 13 Julai 2025 akibat keletihan sebelum dibenarkan pulang pada hari yang sama.




