Malaysia

Dua lelaki dijadikan “cagaran hutang” sindiket dadah dan PATI, diculik dan diseludup ke Thailand

Disebabkan hutang berkait dadah dan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), dua lelaki masing-masing berusia 51 dan 35 tahun menjadi mangsa culik sebelum dibawa merentasi sempadan ke Thailand dalam kejadian pada 6 Jun lalu di Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.

Kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di kawasan Mundok, Thailand pada 8 Jun selepas suspek panik susulan operasi dan sekatan jalan raya polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa dijadikan “cagaran” oleh saudara mereka sendiri yang berusia 25 tahun yang berhutang dengan sindiket dadah dan PATI.

Dalam kejadian itu, dua suspek utama dikenali sebagai Mejah, 40, dan Mamat, 32, turut dipercayai terlibat dalam pembakaran sebuah kereta Perodua Myvi di Gelang Mas, Pasir Mas bagi menghapuskan bukti.

Kes kini sedang disiasat lanjut dan beberapa individu telah ditahan serta direman sehingga 22 Jun bagi membantu siasatan, termasuk lelaki yang dipercayai berhutang dengan sindiket berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker