Malaysia

SPRM siasat aset mewah RM59 juta berkait dana 1MDB

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pemilikan dan pemindahan aset hartanah mewah di luar negara bernilai kira-kira AS$13 juta (RM59 juta) yang dipercayai berkaitan aktiviti haram serta dana 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, aduan diterima pada 15 Jun lalu sebelum siasatan dibuka sehari kemudian bagi mengenal pasti kemungkinan unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

SPRM turut bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dalam dan luar negara termasuk FBI bagi menyiasat sumber kewangan serta aliran transaksi pembelian aset tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan AMLA. Mana-mana individu berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker