Dunia

900 ular terlepas selepas ladang musnah akibat banjir China

Kira-kira 900 ekor ular, termasuk ular tedung berbisa, terlepas dari sebuah ladang pembiakan selepas banjir memusnahkan kemudahan itu di Hengzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China pada 6 Julai.

Ketua jawatankuasa kampung, Wu Zhi berkata, kebanyakan ular yang terlepas ialah ular air tidak berbisa, namun beberapa ular tedung turut dipercayai melarikan diri. Pasukan khas kini menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan.

Seorang penduduk dilaporkan dipatuk ular dan menerima rawatan di hospital. Penduduk turut dinasihatkan supaya tidak menangkap ular sendiri dan segera melaporkan sebarang penemuan.

Banjir berlaku selepas ribut tropika Maysak melanda kawasan itu, menyebabkan sungai dan empangan melimpah serta memaksa ratusan penduduk dipindahkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker