Malaysia
Malaysia-Thailand mudahkan urusan sempadan, pacu ekonomi

Malaysia dan Thailand bersetuju mempermudah urusan imigresen serta kastam di sempadan bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu dicapai bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dalam pertemuan dua hala sempena lawatan rasmi beliau pada 9 Julai.
Kedua-dua negara turut bersetuju mempercepat pembangunan Zon Ekonomi Khas Sempadan, termasuk projek Jambatan Kedua Rantau Panjang-Sungai Golok serta kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan.
Anutin berkata, pasukan kerja bersama akan ditubuhkan bagi memperkukuh keselamatan dan pemantauan banjir di kawasan Sungai Golok.




