Malaysia
Pelajar acu pisau selepas diejek di sekolah Alor Gajah

Seorang pelajar Tingkatan Satu mengacukan pisau lipat kepada rakan sekolahnya selepas dipercayai diejek dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka pada 9 Julai.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang ketika program penghargaan pelajar di dewan sekolah.
Menurutnya, pelajar berusia 13 tahun itu bertindak selepas dua pelajar lain membaling ais ke arahnya. Suspek kemudian mengambil pisau dari kotak pensel dan mengejar salah seorang pelajar sejauh kira-kira 50 meter.
Tiada kecederaan dilaporkan selepas seorang guru berjaya menenangkan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.




