Malaysia
Stesen minyak habis RON95 hanya kes terpencil – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan isu beberapa stesen minyak kehabisan bekalan hanyalah kes terpencil dan bukan tanda Malaysia berdepan krisis bahan api.
Beliau berkata, bekalan minyak di peringkat nasional masih mencukupi seperti yang telah dijelaskan kerajaan sebelum ini.
Dalam masa sama, beliau menegaskan keadaan ini tidak menunjukkan negara kehabisan minyak.
Sebaliknya, ia lebih kepada gangguan sementara di peringkat pengedaran yang perlu ditangani oleh syarikat pembekal bagi memastikan bekalan berjalan lancar.




