Malaysia
2,889 kes buli berlaku di sekolah tahun lepas

Sebanyak 2,889 kes buli direkodkan tahun lalu membabitkan 740 kes di sekolah rendah dan 2,149 kes di sekolah menengah, menurut data Kementerian Pendidikan (KPM).
Dalam tempoh sama, sebanyak 3,570 kes salah laku jenayah turut dicatatkan, dengan 457 kes melibatkan sekolah rendah dan 3,113 kes sekolah menengah.
Antara tindakan yang diambil ialah amaran lisan dan bertulis, kelas tahanan, hukuman rotan, penggantungan serta buang sekolah, bergantung kepada tahap keseriusan kes.
KPM turut memaklumkan tahun 2024 merekodkan jumlah kes buli tertinggi iaitu 7,681 kes, melibatkan 1,992 kes di sekolah rendah dan 5,689 kes di sekolah menengah.




