Malaysia
Sambutan Minggu Perpaduan 2026 bermula hari ini hingga Jun

Minggu Perpaduan 2026 bermula hari ini dengan tujuan mengeratkan hubungan antara rakyat dan meningkatkan kefahaman tentang kepelbagaian budaya.
Dengan tema “Bersama Membina Negara Bangsa”, ia fokus pada perpaduan sebagai asas kestabilan negara.
Sambutan dijalankan mengikut enam zon, termasuk Timur, Utara, Sarawak, Selatan dan Tengah dengan kemuncaknya akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 11 hingga 14 Jun.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukan rakyat, pameran budaya etnik, persembahan silang budaya, larian Uniti, dan wacana Negara Bangsa.
Perasmiannya dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan kepentingan perpaduan dan keharmonian antara rakyat.


