Keluarga Amirul Hafiz terima hampir RM3,000 sebulan, PERKESO jadi penyelamat

Keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang maut dalam kemalangan kini menerima kira-kira RM2,888.17 sebulan menerusi Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sekali gus menjadi sumber kewangan utama selepas kehilangan pencari nafkah.
Allahyarham yang mencarum selama 15 tahun layak di bawah Skim Keilatan, membolehkan balunya, Nor Nadia Abdul Majid, serta anak-anak mendapat bantuan berterusan.
Selain bayaran bulanan, PERKESO turut menyalurkan Faedah Pengurusan Jenazah bagi meringankan beban awal keluarga.
Bantuan itu bukan sahaja memastikan kelangsungan hidup waris, malah merangkumi sokongan pendidikan anak-anak sehingga dewasa, sekali gus menunjukkan kepentingan caruman PERKESO sebagai perlindungan sosial ketika berdepan musibah tidak dijangka.




