Malaysia

Diskaun 30 peratus tambang KTMB bermula esok sebagai kempen galak naik pengangkutan awam

Kerajaan melancarkan inisiatif tambang KTMB lebih murah termasuk diskaun 30 peratus tiket dan pas bulanan bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata diskaun itu bermula esok hingga 20 April bagi semua sektor, melibatkan perkhidmatan ETS serta Ekspres Rakyat Timuran (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) untuk perjalanan hingga 14 Oktober.

Inisiatif ini ditawarkan bagi perjalanan Isnin hingga Khamis sebagai usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Langkah tersebut turut merangkumi pas bulanan lebih jimat dan penambahbaikan akses perkhidmatan rel, selain membantu mengurangkan kos sara hidup dan kesesakan jalan raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker