Malaysia
22 jurugambar tanpa lesen sekitar KLCC dikompan sehingga RM2,000

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan kompaun sehingga RM2,000 terhadap 22 jurugambar tanpa lesen yang menawarkan khidmat fotografi di kawasan KLCC dalam operasi bersepadu KL Strike Force malam tadi.
Semua yang ditahan merupakan warga tempatan, dan peralatan mereka turut disita sebelum boleh dituntut semula selepas bayaran kompaun dibuat.
Tindakan ini diambil mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja 2016, dengan DBKL menegaskan pemantauan malam akan dipertingkat bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan tumpuan pelancong itu mematuhi peraturan.
Tinjauan mendapat perkhidmatan fotografi berlatarkan KLCC dijual antara RM5 hingga RM10 sekeping.



