Malaysia

239 kes seludup minyak dikesan, stesen minyak di sempadan kini tumpuan PDRM  

Operasi Op Tiris 4.0 berjaya merekodkan rampasan diesel dan barangan kawalan bernilai RM11 juta melibatkan 239 kes di seluruh negara, hasil operasi yang dijalankan dari 16 Mac hingga semalam.

Sepanjang tempoh itu, lebih 13,700 pemeriksaan dilakukan dengan 68 individu ditahan, susulan usaha membendung ketirisan akibat perbezaan harga diesel bersubsidi dan komersial.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkemas peranan penguatkuasaan di stesen minyak, khususnya di kawasan sempadan yang dikenal pasti sebagai laluan aktiviti penyeludupan.

Daripada kira-kira 4,000 stesen minyak di seluruh negara, fokus diberikan kepada 170 stesen berhampiran sempadan, dengan pendekatan berasaskan data termasuk pemantauan lonjakan jualan luar biasa bagi mengesan aktiviti mencurigakan.

Penguatkuasaan akan diteruskan secara berperingkat mengikut keupayaan semasa pasukan dan SOP yang ditetapkan bagi memastikan tindakan lebih berkesan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker