Malaysia

Polis pengiring cedera selepas dirempuh sewaktu mengiringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LANGAT: Seorang anggota polis pengiring cedera selepas dirempuh pacuan empat roda ketika mengiringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KM22.3 berhampiran R&R Dengkil, hala utara Lebuhraya Elite petang semalam.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku sekitar 1.10 tengah hari, menyebabkan anggota berusia 35 tahun itu mengalami patah kaki kiri serta kecederaan pada buku lali dan lutut.

Mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Yusri turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati dengan pergerakan konvoi polis sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker