Bantahan kehadiran Donald Trump; 50 penunggang motosikal ditahan

KUALA LUMPUR: Sekitar 50 penunggang motosikal yang menyertai konvoi membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia malam tadi telah ditahan polis berhampiran Kedutaan AS.
Konvoi yang melalui kawasan kedutaan sekitar 10 malam itu dilihat membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan menentang hubungan Amerika–Israel serta mendesak Malaysia “bangkit dan halau Trump”.
Kesemua peserta ditahan di sekatan jalan raya berhampiran Menara Tabung Haji, kira-kira 100 meter dari kedutaan, sebelum diarahkan menolak motosikal ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, sekitar 700 orang turut berhimpun di lokasi sama membantah kehadiran Trump bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang ASEAN Timur minggu ini.




