Malaysia

Polis buru pemandu Saga larikan diri dari KSAB

Polis memburu seorang pemandu yang memandu secara melulu sebelum melarikan diri dari Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 2.40 petang daripada polis bantuan kompleks berkenaan.

Siasatan awal mendapati kereta bernombor pendaftaran Malaysia itu memasuki laluan kenderaan berat di ‘Gate C’ bagi arah Malaysia ke Singapura.

Walaupun diarahkan berpatah balik ke laluan kenderaan ringan, pemandu terbabit ingkar dan memecut laju sehingga melanggar palang pemeriksaan Jabatan Imigresen serta empat kon keselamatan sebelum menuju ke pintu keluar ke Singapura.

Terdahulu, video berdurasi 33 saat memaparkan kejadian itu tular di Facebook menerusi akaun “Malaysia – Singapore Border Crossers (MSBC)”.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker