Malaysia

Kabel dipotong, perkhidmatan KLIA Ekspres terganggu

Perkhidmatan tren KLIA Ekspres mengalami gangguan pada pagi 12 Oktober selepas kabel dipotong antara Stesen Putrajaya dan Cyberjaya dengan Stesen Salak Tinggi.

Insiden itu menyebabkan perjalanan tren antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas.

Susulan kejadian itu, pengendali KLIA Ekspres melaksanakan perkhidmatan tren gabungan mulai jam 5 pagi, dengan tren beroperasi setiap 20 minit dan berhenti di semua stesen.

Perkhidmatan tren ulang-alik turut disediakan antara KL Sentral dengan Stesen Putrajaya dan Cyberjaya, serta antara KLIA Terminal 2 dengan stesen berkenaan. Perkhidmatan itu bermula pada jam 9.20 pagi dari KL Sentral dan 9.10 pagi dari KLIA Terminal 2, dengan kekerapan setiap 15 minit.

Dalam kemas kini pada jam 11.20 pagi, KLIA Ekspres memaklumkan perkhidmatan tren gabungan disambung semula dengan kekerapan setiap 20 minit.

Penumpang perlu menukar platform di Stesen Putrajaya dan Cyberjaya untuk meneruskan perjalanan ke KLIA Terminal 1 atau 2, atau ke KL Sentral.

Pasukan teknikal sedang berusaha memulihkan perkhidmatan seperti biasa, manakala penumpang dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini daripada kakitangan stesen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker