Misi GSF bukan satu lakonan, tapi keikhlasan demi perjuangan untuk Palestin – Zulkefli

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan menafikan kenyataan jahat bahawa misi kemanusiaan di Gaza yang melibatkan aktivis Malaysia sekadar lakonan atau gimik.
Sebaliknya, ia adalah usaha tulen bagi mengetengahkan isu jenayah kemanusiaan yang sedang berlaku di wilayah bergolak itu.
Menurut beliau, misi tersebut bukan sekadar menghantar bantuan fizikal, tetapi turut membawa mesej besar kepada masyarakat dunia untuk memecahkan kealpaan global terhadap kekejaman rejim Israel.
Tambahnya, ratusan aktivis dari seluruh dunia langsung tidak bermewah dan mereka terpaksa meninggalkan keluarga demi perjuangan dan itu adalah tanda keikhlasan.
Dr. Zulkifli turut menyatakan kekagumannya terhadap komitmen berterusan para aktivis yang terus aktif dalam advokasi isu Palestin sebaik pulang ke tanah air.




