Malaysia

KPKT sambut Deepavali penuh meriah di Putrajaya, tegaskan komitmen Madani dan kelestarian

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) buat julung kali meraikan Deepavali secara besar-besaran di Putrajaya sebagai simbol komitmen kerajaan Madani terhadap perpaduan dan kepelbagaian budaya.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata sambutan itu mencerminkan semangat kekeluargaan rakyat Malaysia yang meraikan perbezaan sebagai kekuatan. Beliau turut menegaskan tanggungjawab KPKT dalam memastikan kesejahteraan komuniti India, termasuk kawal selia perkampungan tradisi mereka di seluruh negara.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPKT, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu yang mengambil kesempatan menekankan isu pembaziran makanan sempena musim perayaan.

Menurutnya, Malaysia menghasilkan sekitar 40,000 tan sisa pepejal setiap hari, dengan hampir separuh daripadanya terdiri daripada sisa makanan.

Beliau mengingatkan bahawa kemeriahan perayaan tidak seharusnya disertai pembaziran, apatah lagi ketika lebih 800 juta manusia di dunia masih kelaparan.

KPKT turut meneruskan kempen kesedaran pengurangan sisa makanan dan penggunaan plastik sekali guna melalui program bersama SWCorp melibatkan 300 gerai makanan serta 50 petugas lapangan sejak 11 hingga 19 Oktober.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker