Malaysia

PDRM tambah lebih 7,000 kamera badan, 1,100 pistol renjatan elektrik demi keselamatan anggota

Polis Diraja Malaysia memperkukuh kesiapsiagaan pasukan dengan perolehan lebih 7,000 kamera badan (BWC) bagi meningkatkan ketelusan, keyakinan awam dan tadbir urus penugasan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata usaha menaik taraf kelengkapan ini penting untuk memastikan operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) lebih efektif.

Selain BWC, JPJKK turut menerima 7,000 unit Mobile Card Acceptance Device (MCAD) yang membolehkan semakan data secara masa nyata dengan agensi berkaitan, seterusnya memendekkan proses pemeriksaan, siasatan dan penguatkuasaan.

Keupayaan rondaan juga dipertingkat menerusi penambahan lebih 1,600 kenderaan MPV untuk respon pantas serta lebih 1,100 pistol renjatan elektrik bagi melindungi keselamatan petugas.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal mencatat lebih 19,000 tangkapan melibatkan pelbagai kes jenayah, termasuk narkotik dan imigresen.

PDRM yakin penambahbaikan berterusan ini akan memastikan pasukan kekal relevan dan mampu menjamin keselamatan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker