Malaysia

700 lokasi harta karun dikenal pasti di perairan Indonesia

Kementerian Perairan dan Perikanan Indonesia mengesan kira-kira 700 lokasi harta karun di perairan negara itu.

Ia dipercayai menyimpan barangan berharga daripada kapal karam, termasuk artifak dan antik bernilai sejarah serta ekonomi.

Menurut kementerian itu, sekitar 90 peratus lokasi dikaitkan dengan kapal dagang China yang melalui laluan Silk Road kuno, khususnya di sekitar perairan Sumatera dan Jawa.

Nilai keseluruhan barangan yang ditemui masih belum dapat dipastikan dan akan dinilai secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Indonesia, memandangkan setiap artifak perlu diperiksa keadaan asalnya sebelum anggaran dibuat.

Setakat ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan 13 permit untuk kerja mengangkat kargo kapal karam di beberapa lokasi, dan sebahagiannya sedang melalui proses pemulihan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker