Malaysia
Pelajar IPT didakwa terjebak ‘call girl’, bayaran cecah RM4,000 sekali khidmat

Segelintir pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini didakwa terlibat dalam aktiviti tidak bermoral apabila menawarkan khidmat sebagai ‘call girl’ secara dalam talian dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 bagi satu pertemuan.
Kegiatan ini dipercayai didorong oleh keinginan mendapatkan pendapatan segera dan gaya hidup mewah, sehingga ada yang sanggup mengambil risiko menjual diri kepada pelanggan yang membuat tempahan secara sulit.
Perkhidmatan ini dilaporkan bergerak melalui platform internet dan aplikasi tertentu, menjadikannya sukar dikesan pihak berkuasa.




