SPM kekal jadi syarat utama masuk IPTA, Zambry tegas tiada diskriminasi

Kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi UPU Online kekal berasaskan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir.
katanya, syarat asas kemasukan ke IPTA tetap berpandukan SPM walaupun pelajar datang daripada sekolah harian, sekolah agama atau sekolah pondok. Katanya, sistem sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berbeza, namun kemasukan universiti melalui UPU Online hanya menggunakan SPM sebagai syarat utama.
Beliau turut menegaskan kerajaan tidak mendiskriminasikan mana-mana pelajar, sebaliknya hanya menetapkan satu syarat asas yang sama kepada semua untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Menurutnya lagi, dakwaan kononnya pelajar sekolah agama dan pondok dipinggirkan adalah tidak tepat kerana kedua-dua sistem pendidikan mempunyai pendekatan berbeza.




