Malaysia

Selepas tujuh tahun, Zizie Izette bakal tahu keputusan kes rasuah hari ini

Bekas pelakon Zizie Izette Abdul Samad hari ini bakal mengetahui sama ada beliau disabitkan atau dibebaskan daripada tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah RM2.8 juta bagi pihak mendiang suaminya, bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selepas tujuh tahun kes itu berlarutan di mahkamah.

Pasangan itu didakwa pada Mei 2019 berhubung dakwaan menerima rasuah daripada dua ejen Public Mutual sebagai balasan membantu meluluskan pelaburan Felcra Berhad bernilai RM150 juta pada 2015.

Perbicaraan yang bermula pada Januari 2020 menyaksikan Mahkamah Sesyen mengarahkan kedua-duanya membela diri pada September 2022.

Mereka bagaimanapun dibebaskan Mahkamah Tinggi pada September 2023, sebelum keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada November 2024.

Keputusan hari ini akan menentukan sama ada beliau bersalah atau dibebaskan, dengan kedua-dua pihak masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker