: Zizie Izette dibebaskan daripada semua tuduhan subahat rasuah RM2.8 juta

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas pelakon, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, daripada semua tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta yang dikaitkan dengan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad pada 2015.
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.
Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
Dalam penghakimannya, Hakim Rosli berkata selepas meneliti keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati tertuduh berjaya membuktikan keraguan dalam kes tersebut. Sehubungan itu, Zizie Izette dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya.




