DuniaMalaysia

Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, bekalan dadah dikesan dari apartmen di Ampang

Polis mengesan bekalan dadah yang dikaitkan dengan seorang juruterbang warga Malaysia yang ditahan di Indonesia dipercayai diambil dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan kini tertumpu kepada rangkaian pengedaran dan sumber bekalan dadah tersebut.

Beliau berkata, polis turut memperoleh nombor telefon yang dihubungi suspek dan sedang mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam rangkaian berkenaan.

Sebelum ini, juruterbang berusia 39 tahun yang dikenali sebagai MSO itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada Rabu lalu selepas didakwa cuba menyeludup 26 kilogram MDMA.

Pemeriksaan menemukan lebih 70,000 pil ekstasi dalam bagasinya serta empat gram methamphetamine di dalam beg tangan.

Hussein berkata, PDRM kini menunggu kebenaran daripada Polri untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi menemu bual suspek.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker