Dunia

Albania lantik Menteri AI, bantu perangi rasuah  

Perdana Menteri Albania, Edi Rama yang bakal memulakan pentadbiran penggal keempat melantik menteri pertama di dunia yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI).

Rama memperkenalkan Diella yang bermaksud ‘matahari’ dalam bahasa Albania ketika mesyuarat bersama Parti Sosialis pimpinannya.

Meskipun tidak wujud secara fizikal, beliau dipertanggungjawabkan untuk menyelia tender awam, sekali gus menjadikannya 100 peratus bebas rasuah.

Diella dilancarkan pada Januari lalu sebagai pembantu maya janaan AI menyerupai seorang wanita yang mengenakan pakaian tradisional.

Setakat ini, Diella telah membantu untuk mengeluarkan 36,600 dokumen digital dan menyediakan hampir 1,000 perkhidmatan melalui platform itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker