Malaysia
Suspek tembak Charlie Kirk ditahan

Gabenor Utah, Spencer Cox mengesahkan Tyler Robinson sebagai suspek utama pembunuhan pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk.
Robinson, penduduk asal Utah, ditahan pada malam 11 September selepas ahli keluarganya memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia mengaku terlibat dalam kejadian itu.
Hasil siasatan awal mendapati Robinson bertindak bersendirian. Ahli keluarganya juga memaklumkan bahawa dia semakin aktif dalam politik sejak kebelakangan ini selain mengetahui kehadiran Kirk di Utah Valley University (UVU).
Rakaman kamera keselamatan di UVU menunjukkan Robinson tiba lebih awal pada hari kejadian, berpakaian sama seperti ketika dia ditahan.




