Malaysia
Jangan tangkap atau bunuh anjing liar, rabies di Kedah – JPVK

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah (JPVK) mengingatkan orang ramai supaya tidak menangkap, memukul atau membunuh anjing liar yang disyaki dijangkiti rabies.
Ketua Bahagian Kesihatan JPVK, Dr Ummi Sumilah Soraya Johar berkata, haiwan berkenaan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dua bilik gerakan dibuka di Alor Setar dan Kubang Pasu susulan kes rabies di kawasan itu.
Peringatan itu dibuat selepas seorang lelaki berusia 31 tahun di Kubang Pasu meninggal dunia semalam, dipercayai selepas digigit anjing liar pada Ogos lalu.
JPVK turut mengingatkan individu yang digigit atau dicakar haiwan supaya segera mencuci luka menggunakan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit, sebelum mendapatkan rawatan.




