Malaysia

Pulau Pinang tersenarai destinasi menarik 2026 oleh CNN, NY Times

Pulau Pinang mengukir permulaan tahun baharu apabila disenaraikan antara destinasi pelancongan menarik 2026 oleh CNN dan New York Times, sekali gus menjadi satu-satunya lokasi dari Malaysia yang tersenarai.

CNN Travel meletakkan Pulau Pinang dalam senarai 20 destinasi terbaik dunia, dengan tarikan utama merangkumi kekayaan sejarah, budaya Peranakan, mural ikonik George Town serta warisan kulinari terkenal, termasuk gerai jalanan dan kopitiam.

Pulau Pinang turut tersenarai dalam senarai ‘52 Destinasi Menarik untuk Dilawati 2026’ oleh New York Times.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai bandar pelbagai budaya yang terus memelihara warisan dan identitinya di peringkat global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker