Australia sedia klinik tangani ketagihan skrin susulan larangan media sosial bermula esok

Australia kini menjangkakan peningkatan mendadak kes ketagihan skrin apabila larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun mula berkuat kuasa pada 10 Disember.
Klinik rawatan khas seperti Klinik Gangguan Permainan Video di Hospital Fiona Stanley sudah pun menjadi tumpuan, selepas menerima lebih 350 pesakit sejak 2022, termasuk kanak-kanak seawal lima tahun.
Ketagihan skrin semakin merisaukan kerana ia mendorong remaja mengasingkan diri, ponteng sekolah dan sukar dikawal apabila masa skrin dihadkan.
Ramai ibu bapa datang dalam keadaan tertekan kerana tidak lagi mampu mengendalikan tingkah laku anak mereka.
Untuk itu, pihak klinik bersedia menghadapi lonjakan kes sepanjang cuti hujung tahun, iaitu tempoh yang dijangka mencetuskan lebih banyak keresahan dalam kalangan remaja apabila akses media sosial mula disekat.




