Mangsa kemalangan diarah beli seluar panjang, baru boleh masuk balai polis buat laporan

Dua beranak di Melaka dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin untuk membuat laporan kemalangan kerana pegawai mendakwa skirt yang dipakai mereka tidak mematuhi etika pemakaian.
Kejadian itu berlaku pada 8 Disember ketika wanita berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Guo dan anaknya dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur sebelum kereta mereka dirempuh dari belakang.
Kedua-dua pihak diarahkan ke balai untuk membuat laporan, namun mereka ditolak masuk dan diminta berpakaian lebih sopan.
Dua beranak itu akhirnya terpaksa membeli seluar panjang di pusat membeli-belah berhampiran sebelum dibenarkan masuk.
Menurut laporan Sin Chew Daily, polis daerah menjelaskan anggota bertugas mengikut SOP yang menetapkan pakaian menutup paras lutut bagi wanita ketika berurusan di agensi kerajaan.


