Malaysia

Laluan OKU terhalang oleh motosikal di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur, pengguna dakwa berdepan risiko setiap hari

Pengguna jalan kaki, khususnya golongan OKU penglihatan, dilaporkan berdepan kesukaran di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur apabila laluan pejalan kaki sering disalah guna sebagai kawasan parkir motosikal, termasuk di kawasan garisan kuning yang sepatutnya bebas halangan.

Isu ini dibawa kepada Telus untuk diketengahkan, sebelum pasukan turun ke lapangan bagi meninjau sendiri keadaan sebenar dan mendengar aduan pengguna di lokasi.

Menurut seorang individu kurang upaya penglihatan (B1), walaupun ada peniaga yang membantu mengalihkan motosikal apabila diminta, isu utama masih berpunca daripada kurangnya kawalan terhadap parkir di kawasan tersebut.

Tambah mereka, ada pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan laluan pejalan kaki dan sesuka hati meletakkan kenderaan di situ. Keadaan ini menyukarkan pergerakan mereka dan boleh menyebabkan kemalangan seperti terlanggar motosikal atau terjatuh serta mengalami kecederaan.

Mereka turut menegaskan keadaan infrastruktur di kawasan tersebut yang dianggap tidak mesra pengguna OKU penglihatan, termasuk jalan berlubang, permukaan tidak rata serta kedudukan tiang yang terlalu hampir dengan laluan khas. Situasi ini meningkatkan risiko kecederaan kerana pengguna sukar mengesan halangan ketika bergerak.

Individu terlibat juga meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap isu yang mereka hadapi, sehingga menyukarkan mereka untuk keluar bekerja dan mencari pendapatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker