Malaysia
Taman permainan inklusif untuk kanak-kanak OKU di Bangi, raih pujian rakyat Malaysia

Sebuah taman permainan di Taman Tasik Cempaka, Bangi, mendapat perhatian ramai selepas menampilkan kemudahan yang direka khas untuk kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, menerusi hantaran pada 10 Ogos selepas beliau melihat sendiri kemudahan tersebut. Beliau menyifatkan reka bentuk taman permainan itu sebagai sesuatu yang “sangat prihatin dan inklusif”.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk peralatan permainan dengan laluan akses untuk pengguna kerusi roda, selain beberapa struktur permainan yang mempunyai tanda khas untuk OKU.
Perkongsian itu menerima perhatian positif daripada netizen yang memuji usaha menyediakan ruang rekreasi lebih inklusif.




