Tiada apa disembunyikan berhubung RCI Tabung Haji – BN

Barisan Nasional (BN) menegaskan tiada apa yang disembunyikan daripada rakyat, khususnya 10 juta pendeposit Tabung Haji, berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan institusi itu.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata laporan RCI yang sudah diklasifikasikan telah dibentangkan secara terbuka dan dibahaskan di Parlimen.
Katanya, laporan itu perlu dinilai berdasarkan fakta dan bukti, bukan dijadikan bahan penghukuman politik.
Menurut Zambry, RCI berkenaan hanya memfokuskan pengurusan Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020. Justeru, BN berpandangan penelitian perlu diperluaskan kepada tempoh selepas 2020, termasuk perkembangan dan keputusan berkaitan urus harta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) sejak penubuhannya hingga kini.
Beliau berkata, dapatan RCI mengenai tadbir urus, struktur kuasa dan mekanisme semak imbang perlu dijadikan asas untuk memperkukuh Tabung Haji.




