Malaysia
Raveendran dilantik Ketua Pengarah MITRA baharu

Raveendran Nair dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), berkuat kuasa 24 Mac lepas.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu kenyataan menzahirkan harapan agar pelantikan ini akan terus memperkukuh usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat India Malaysia.
Di samping memacu inisiatif transformasi yang lebih inklusif dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Agensi ini turut melaksanakan program pembangunan komuniti dan aktiviti sosial bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.




