Malaysia

Bantuan STR dan SARA mungkin ditambah jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan MADANI akan mempertimbangkan penambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) jika ekonomi negara terus kukuh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, pada Sabtu sebagai persediaan Belanjawan 2027 bagi menambah bantuan kepada rakyat.

Anwar turut memaklumkan kerajaan akan memperluaskan Program Jualan Rahmah, khususnya di Perak dan Tambun, bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MADANI di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun, Perak, selain mengumumkan peruntukan RM3 juta diteruskan bagi kebajikan anggota RELA.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker