Malaysia

Kahwini orang Melayu, warga asing tetap kekal keturunan asal – Saifuddin

Perkahwinan antara warga asing beragama Islam dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu tidak secara automatik mengubah keturunan pasangan warga asing itu menjadi Melayu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menentukan perubahan keturunan warga asing berdasarkan perkahwinan.

Penjelasan itu dibuat pada Selasa bagi membetulkan laporan yang disifatkan boleh mengelirukan orang ramai berhubung jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Saifuddin menjelaskan bahawa penentuan status Bumiputera serta kelayakan menikmati hak dan keistimewaan berkaitan bukan di bawah bidang kuasa JPN.

Sebaliknya, perkara itu tertakluk kepada undang-undang, dasar dan syarat yang ditetapkan oleh agensi atau pihak berkuasa berkaitan.

Beliau sebelum ini menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong, mengenai kelayakan warga asing beragama Islam yang berkahwin dengan orang Melayu untuk mendapat status Bumiputera.

Bagaimanapun, anak yang lahir daripada perkahwinan sah pasangan berkenaan boleh didaftarkan mengikut keturunan ibu atau bapa, sama ada Melayu atau keturunan warga asing tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker