Malaysia
Ketua polis balai di Kelantan ditahan SPRM, disyaki terima rasuah

Seorang ketua polis balai di Kelantan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah membabitkan wang kurang daripada RM1,000.
Menurut sumber, pegawai berpangkat Sarjan Mejar berusia lingkungan 40-an itu ditahan oleh pegawai SPRM kira-kira jam 2 petang, susulan satu laporan yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan baru-baru ini.
SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap pegawai berkenaan esok.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan penahanan tersebut, namun memaklumkan beliau masih belum menerima maklumat penuh mengenai siasatan yang sedang dijalankan.




