Malaysia

Lelaki didakwa pukul nenek guna tukul besi

Seorang lelaki berusia 24 tahun, Muhammad Nor Iman Abdullah, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap neneknya, Gayah Omar, 79, dengan menggunakan tukul besi dalam satu kejadian di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun, pada kira-kira jam 6.30 petang, 19 Jun lalu.

Tertuduh tidak merekodkan sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zul Zakiqudin Zulkifli. Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 29 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab. Halim Nik Mat berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak agresif selepas berang kerana dihalang mangsa daripada keluar rumah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker