Malaysia

Lelaki berpelitup muka pecah cermin, larikan RM100,000

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 34 tahun kerugian RM100,000 selepas beg berisi wang tunai dilarikan suspek yang memecahkan cermin keretanya di Taman Perling.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.11 pagi, selepas mangsa mengeluarkan wang dari sebuah bank di Johor Jaya.

Rakaman video tular menunjukkan beberapa lelaki berpelitup muka memecahkan cermin kereta mangsa sebelum melarikan beg berisi wang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker