Malaysia
PNM perkasa koleksi bahasa tamil, kukuh akses ilmu masyarakat India

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperluas koleksi Bahasa Tamil di seluruh negara.
Inisiatif ini bertujuan memelihara bahasa dan budaya masyarakat India serta menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Setakat ini, sebanyak 2,642 judul bahan Bahasa Tamil disediakan. Ia merangkumi buku ilmiah, novel, majalah, akhbar serta bahan digital dan multimedia.
PNM turut menyediakan akses digital seperti e-buku dan platform dalam talian.
Koleksi ini turut menampilkan karya seperti Sri Mahabaratham, Avvai Kural dan siri Feluda bagi memastikan warisan Tamil terus dihargai generasi muda.



