Malaysia

Pegawai kanan AKPS nyaris maut, X70 dipandu ke masjid ditembak dua suspek

Seorang pegawai kanan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris maut selepas kenderaan dipandunya ditembak dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, sedang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh apabila dua suspek bermotosikal melepaskan tembakan ke arah SUV jenis X70 yang dipandunya.

Dua das tembakan mengenai bahagian pintu penumpang, namun beliau tidak cedera.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk penelitian rakaman CCTV di kawasan berhampiran.

Suspek yang memakai topi keledar penuh dipercayai melarikan diri ke kawasan perindustrian dengan lampu motosikal dipadamkan.

Kejadian berlaku kira-kira satu kilometer dari Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan disiasat serius memandangkan ia melibatkan pegawai penguat kuasa sempadan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker