Malaysia
VEP: JPJ keluar 3,148 saman kepada pemilik kenderaan Singapura

Sejumlah 3,148 saman bernilai hampir RM1 juta telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dari Singapura yang gagal mematuhi syarat tersebut.
Jumlah itu dicatatkan sejak peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dikuatkuasakan Julai lalu.
VEP merupakan sistem pengesahan wajib bagi semua kenderaan asing memasuki Malaysia, yang melibatkan pendaftaran dalam talian dan pemasangan tag RFID.
Setiap saman berjumlah RM300 dan perlu dijelaskan sebelum kenderaan dibenar keluar dari sempadan.
Langkah tegas ini diambil bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan, mengumpul data kemasukan kenderaan asing serta memastikan undang-undang jalan raya dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.




