Dunia

Lelaki paramedik dera bayi kerana mahu balas dendam terhadap abang ipar

Seorang lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai paramedik di Singapura didapati mendera seorang bayi lelaki bawah setahun selama kira-kira tiga bulan, dalam satu kes yang didakwa berpunca daripada dendam terhadap abang ipar mangsa.

Kejadian terbongkar pada 16 September 2024 apabila seorang wanita ternampak suspek sedang mencekik bayi itu di sebuah void deck sebelum segera menghubungi polis.

Pemeriksaan lanjut mendapati penderaan berlaku berulang antara Julai hingga September tahun sama.

Siasatan mendapati bayi itu didera dengan kejam termasuk ditampar, ditarik rambut, dipukul, dipulas tangan, digoncang dan ditumbuk hingga terjatuh. Dalam insiden 15 Ogos, bayi turut dicekik sehingga mulutnya berbuih.

Suspek juga merakam perbuatannya dan mengaku berbuat demikian kerana mahu membalas dendam terhadap abang ipar mangsa. Dia kini berdepan cadangan hukuman penjara 12 hingga 15 tahun, manakala pembelaan memohon 8 hingga 10 tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker