Malaysia

Wanita ditemui lemah, hampir sejam terperangkap dalam lif

Seorang wanita ditemui dalam keadaan lemah dan separa sedar selepas dipercayai terperangkap hampir sejam dalam lif di Kondominium Sri Indah, Sandakan, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.07 malam selepas lif terbabit mengalami gangguan bekalan elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam dan menghantar enam anggota ke lokasi.

Ketika pasukan bomba tiba, pihak penyelenggara lif sudah berjaya membuka pintu lif.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker